Kami menyediakan perkhidmatan penginapan yang selesa dan bersih di kawasan Bandar Melaka. Homestay kami terletak di Taman Asean Malim,5-10 km radius ke tempat-tempat menarik terutama Bandar Hilir dan Pantai Klebang.
Thursday, 6 July 2017
Thursday, 2 March 2017
Pengurusan Homestay/Guest House (TIPS TO BE SUCCESSFULL HOSTING)
Masuk Mac 2017 ni genap 5 bulan
saya running home to stay / guest house. Pelbagai ragam pelanggan dah
jumpa.Tapi Alhamdulilah tak pernah lagi jumpa pelanggan-pelanggan yang terlalu
demand atau cerewet. Setakat ni masalah kecil-kecil dapat ditempuh dengan senyuman.
Cuma tak tahu apa yang akan jadi masa akan datang, jauh lagi perjalanan.
Itu
sebab dalam menerima sebarang penempahan, saya amat berhati-hati, bukan
sebarang terima ye tetamu guest house saya. Ini semua atas faktor keselamatan
untuk kedua-dua belah pihak. Macam kita nak sewakan rumah untuk long term dah
tentu-tentu kita selidik latar belakang kan sebelum teruskan penyewaan, macam
tu jugalah saya cuba screening bakal tetamu sebelum menerima tempahan.
Untuk pengalaman yang sangatlah
cetek dan seciput dalam bidang ni, walaupun dulu-dulu pernah jadi student Hotel Management, saya
cuba kongsikan apa yang dipelajari dengan pengalaman yang ada.Berikut adalah
antara tabiat sebagai “HOST” guest house/homestay yang perlu ada sekiranya
ingin berjaya dalam bidang ni. Saya tak kata saya dah berjaya, tapi saya cuba
jadikan panduan ini untuk rujukan saya sendiri yang kekadang blur juga apa nak
buat.
1.Anggap ‘Short-Term Vacation Guest
House’ anda sebagai satu bisnes yang serius bukan sekadar hobi dipinggiran
sahaja.
Pastikan anda mempunyai strategi
pemasaran, faham tentang demografi bakal tetamu anda.Anggap bakal tetamu anda
sebagai satu aset yang amat berharga kerana mereka memainkan peranan penting dalam industri ini. Tetamu kita wajar dihormati dan keperluan
mereka wajar dipenuhi sekiranya mampu dalam memastikan kepuasan mereka terhadap
perkhidmatan yang diberi. Ingat ye, kita
mudahkan orang inshaAllah kita akan diberi kemudahan juga sekiranya ada
terkucil dimana-mana.
Demografi & Target Pelanggan
hat ni panjang lebar nak diperincikan… boleh study ye.Next time kita story.
2. Mempunyai matlamat yang jelas
Menurut Jeff Haden, ‘Average
success is often based on setting average goals’
Host yang mempunyai tempahan yang
konsisten adalah host yang mempunyai perancangan yang rapi terhadap matlamat
yang ingin dicapai. Mereka jelas dengan rancangan yang disusun, target
mingguan,bulanan dan tahunan telah dirancang rapi untuk diselaraskan dengan
aktiviti pemasaran yang efektif.
Mereka juga mempunyai matlamat
untuk mengembangkan bisnes yang ada dan sedaya upaya menggunakan kepakaran yang
ada untuk meluaskan pangaruh mereka.
3. Hormat dan layan tetamu dengan
sepenuh jiwa raga dan penuh keikhlasan.
Hubungan yang tercipta bukan
sekadar antara pemilik dan penyewa, malah hubungan yang ada mungkin bertukar
menjadi persahabatan.Tetamu tidak wajar dibeza-bezakan mengikut pangkat dan
darjat.Layanlah semua tetamu kita sama rata kerana dalam industri ini tiada
perbezaan taraf kerana harga yang
dibayar adalah untuk perkhidmatan yang sama.
4. Respon anda terhadap
pertanyaan bakal tetamu.
Pelanggan sekarang memerlukan
maklum balas yang cepat dan tepat.Sebarang pertanyaan sama ada secara online /
offline perlu dijawab segera. Ramai pesaing2 diluar bagaikan jerung yang bila-bila masa boleh
sambar bakal tetamu kita. Pasaran luas tapi target pasaran terhad maka
bertindak lah cepat jika terdapat sebarang pertanyaan dari bakal tetamu.Sekiranya
tindak balas diterima serta merta, ia akan mewujudkan persepsi positif di dalam
minda bakal tetamu terhadap perkhidmatan yang bakal mereka terima.
5. Layanan terhadap staf
Anggap staf juga sebagai aset anda,
lagi-lagi staf yang boleh membantu anda tanpa mengira masa dan wang ringgit.Layanlah
sewajarnya kerana mereka adalah pendokong utama perniagaan anda.
Jangan takut staf ambil
kesempatan, kalau staf problem kita boleh biarkan je dia pergi, tapi kalau staf
yang tidak mendatangkan sebarang masalah bahkan amat membantu sayang sangat
kalau kita biarkan mereka ucapkan selamat tinggal.
6. Pemasaran yang bijaksana
Fasiliti terbaik, rumah terbaik,
host terbaik tidak berbaloi jika tuan rumah tidak hebahkan segala kebaikan tu.
Maka faktor pemasaran amat penting. Kalau nak cerita bab ni, memang panjang
lebar.Gunakan pelbagai channel yang ada jangan harapkan satu sumber
sahaja.ONLINE/OFFLINE kasi redah, lagi-lagi yang baru nak up. Bisnes belum
running tapi baru rancang tak salah kalau nak hebohkan dulu, itu namanya agenda
pemasaran.Kita nak seramai yang boleh tahu kewujudan bisnes kita.So, jangan
kedekut nak keluarkan kos pemasaran kalau nak sales yang diidamkan.
Banyak nak cerita bab ni, nanti
kita buka bab lain.Banyak juga yang tak hadam lagi.Banyak juga yang perlu saya
pelajari.Jom sama-sama kita study bab ni.Inilah bab yang penting dalam mana-mana
bisnes yang wujud dalam muka bumi ni.
Sentiasa up-to-date dengan
teknologi terkini.Google sahaja, study, mentor online pun banyak,jurnal online
melambak, info online dihujung jari, so itu bukan alasan.
7.Kongsi maklumat kawasan
anda kepada umum
Selalunya, Travelers mahu
maklumat mengenai destinasi mereka. Maka,rajin-rajinlah share info. maklumat semasa
dalam Social Media anda. Tunjukkan bahawa anda sentiasa mempunyai info maklumat
apa yang ada disekitar kawasan hosting anda.
Friday, 17 February 2017
10 PLACES TO SWIM IN THE WORLD’S CLEAREST WATER
Indahkan ciptaan tuhan, alangkah seronoknya dapat berendam dalam tu...... cer tengok no 8 dan 10 kat mana....jom! Masukkan dalam wishlist.
1. Linapacan Island, Palawan Philippines
2. The Maldives
3. Dog Island, San Blas Panama
4. Coyo Coco, Cuba
5. Cala Macarelleta,Menorca Spain
6. Sua Trench,Samoa
7. Crater Lake,Oregon
8. Bak Bak Beach Borneo
9. Jiuzhaigou Valley,China
10. Semporna Sabah
Source: https://matadornetwork.com/trips/34-places-to-swim-in-the-worlds-clearest-water-pics/
Sunday, 15 January 2017
NEW UPDATE CALENDAR (JANUARY 2017)
Ada promo special untuk weekdays..meh pm tepi
Homestay akak penuh, nanti akak suggest ke homestay lain yg masih available
WhatsApp 019 686 5820 untuk talian hayat
Melaka yang Happening
Melaka yang happening!
😎
👭
👬
👪
👫
Kenapa ya?Mana tidaknya setiap kali cuti sekolah, Public Holiday,Cuti Hujung Minggu...berduyun-duyun tourist luar datang ke Melaka.
✔ Keria Antarabangsa sampai Q panjang ke belakang
✔ Nak beli tiket naik Menara Taming Sari, River Cruise...etc ya ampun menguji kesabaran
✔ Jalan sesak padat sendat nak cari parking fuh pitam
✔ Nak pi makan ikan bakar kena sabar ye tunggu giliran
✔ Kalau yg jenis last minute planning, call hotel call homestay..MAAF FULLY BOOKED
😭
😭
😭
Kata nak happening..redha je lah kan
😎
😎
😚
Apakata planning datang Melaka semasa OFF PEAK SEASON.Jiwa tenang percutian pun happy je...tidak lah nak stress bagai.Apa yg best ye bila cuti time OFF PEAK SEASON.
✔ Tak payah nak Q panjang2 beli keria,coconat shake etc...siap boleh selfie dengan penjual tu nanti..
😆
😆
✔ Rate penginapan hotel/ homestay akan lebih murah berbanding PEAK SEASON
✔Pilihan penginapan yang lebih banyak
✔Tempat-tempat tarikan lebih relax tidak terlalu padat, mana tau dapat 1st class service lagi
😁
😁
😁
Apa pun pilihan waktu anda bercuti yg paling penting PERANCANGAN RAPI. Jangan sampai ada yg tidur tepi jalan dalam kereta sebab hotel/Homestay fully booked especially semasa PUBLIC HOLIDAY. Pernah terjadi dan moga ia tidak berlaku kepada kita dan keluarga.
Kenapa ya?Mana tidaknya setiap kali cuti sekolah, Public Holiday,Cuti Hujung Minggu...berduyun-duyun tourist luar datang ke Melaka.
✔ Keria Antarabangsa sampai Q panjang ke belakang
✔ Nak beli tiket naik Menara Taming Sari, River Cruise...etc ya ampun menguji kesabaran
✔ Jalan sesak padat sendat nak cari parking fuh pitam
✔ Nak pi makan ikan bakar kena sabar ye tunggu giliran
✔ Kalau yg jenis last minute planning, call hotel call homestay..MAAF FULLY BOOKED
Kata nak happening..redha je lah kan
Apakata planning datang Melaka semasa OFF PEAK SEASON.Jiwa tenang percutian pun happy je...tidak lah nak stress bagai.Apa yg best ye bila cuti time OFF PEAK SEASON.
✔ Tak payah nak Q panjang2 beli keria,coconat shake etc...siap boleh selfie dengan penjual tu nanti..
✔ Rate penginapan hotel/ homestay akan lebih murah berbanding PEAK SEASON
✔Pilihan penginapan yang lebih banyak
✔Tempat-tempat tarikan lebih relax tidak terlalu padat, mana tau dapat 1st class service lagi
Apa pun pilihan waktu anda bercuti yg paling penting PERANCANGAN RAPI. Jangan sampai ada yg tidur tepi jalan dalam kereta sebab hotel/Homestay fully booked especially semasa PUBLIC HOLIDAY. Pernah terjadi dan moga ia tidak berlaku kepada kita dan keluarga.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mengapakah hotel/homestay/guest house menetapkan waktu masuk (Check in time) 2/3 pm dan waktu keluar (Check out time) pada 12 noon?
- Jika anda membuat tempahan bilik, satu perjanjian/akad telah terlaksana yg mana anda telah dimaklumkan awal mengenai perkara ini. (That p...
-
Mama Home2Stay akan mengedarkan borang maklum balas untuk setiap guest yg check in.Tujuannya adalah untuk meningkatkan perkhidmatan dan memp...
-
Masuk Mac 2017 ni genap 5 bulan saya running home to stay / guest house. Pelbagai ragam pelanggan dah jumpa.Tapi Alhamdulilah tak pernah la...





















