To Feel at Home,Stay at Home

To Feel at Home,Stay at Home
Showing posts with label homestay malaysia. Show all posts
Showing posts with label homestay malaysia. Show all posts

Monday, 18 December 2017

Mengapakah hotel/homestay/guest house menetapkan waktu masuk (Check in time) 2/3 pm dan waktu keluar (Check out time) pada 12 noon?

- Jika anda membuat tempahan bilik, satu perjanjian/akad telah terlaksana yg mana anda telah dimaklumkan awal mengenai perkara ini.
(That period of time is not 24 hours. So you aren't being stiffed for any missing hours. The rate you are paying is for a maximum occupancy of, in this case, 21 hours)

- Waktu housekeeping adalah diantara waktu ini , selalunya mengambil masa 1-2 jam untuk tetamu seterusnya. Hotel /Homestay yang mementingkan kebersihan dan kekemasan amat menitikberatkan perkara ini.
(Times out 12 noon allows sufficient time for housekeeping to turn rooms over and clean them very good)

- Sesetengah premis amat strict dalam isu masa ni,tetapi ada juga yg boleh bertolak ansur.Semuanya bergantung pada rate occupancy premis tersebut
Tips: Semasa proses tempahan , nyatakan awal jika anda perlu checkout lewat.Mungkin host boleh take noted atau pertimbangkan permohonan anda.Jika ditolak fahamilah polisi mereka.
(Check-in is sometimes possible early, if the room you have been allocated was not in use the previous night.
Late check-out is also sometimes possible, but rarely guaranteed)


๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
p's : Homestay sis boleh je masuk awal keluar lewat,tapi ada tnc . Semua bergantung pada situasi dan ketersediaan rumah.
InshaaAllah bila kedua pihak saling bertolak ansur dan fahami polisi tersedia, urusan kita dalam segala hal akan dipermudahkan.๐Ÿš˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Monday, 27 November 2017

HOMESTAY BANDAR MELAKA


MamaHomeToStay๐Ÿก
-------------------------------
Taman Gadong Bahagia Exit Taman Asean
(7-8 km to Bandar Hilir/Klebang)

HANYA 2-5KM KE
==================
๐Ÿ“Klebang Coconut 
๐Ÿ“Mee Goreng Hassan Tengkera ๐Ÿ“Mee Sup Tengkera ๐Ÿ“Yong Tau Fu ๐Ÿ“Keria Antarabangsa ๐Ÿ“Roti Canai Kayu arang 

Bandar Hilir (8km)
-----------------------
๐Ÿ“Tempat2 bersejarah ๐Ÿ“ Menara Taming Sari ๐Ÿ“ Beca Melaka๐Ÿ“Upside Down House Gallery ๐Ÿ“Private Adventure Melaka๐Ÿ“Jonker Walk๐Ÿ“H&M, Dataran Prade Shopping๐Ÿ“Asam Pedas Kota Laksamana๐Ÿ“Roti Nan Pak Putra Ayam Tandoori๐Ÿ“dan macam2 lagi

Bandar Melaka (7-8 km)
-----------------------
๐Ÿ“Kampung Morten๐Ÿ“Melaka River Cruise๐Ÿ“Oceanarium Melaka๐Ÿ“The Shore Sky Tower๐Ÿ“Masjid Kampung Hulu๐Ÿ“Burger Bakar Abg Burn๐Ÿ“Mee Besen๐Ÿ“Hospital Melaka๐Ÿ“Melaka Sentral๐Ÿ“

๐Ÿก Kemudahan yang disediakan ๐Ÿก

๐ŸŽˆ 4 bilik tidur (3 aircond) 
๐ŸŽˆ 2  bilik air (1 heater)
๐ŸŽˆtv ( astro njoi) 
๐ŸŽˆsofa
๐ŸŽˆMini bar
๐ŸŽˆRice Cooker
๐ŸŽˆKelengkapan asas memasak/pinggan mangkuk + induction cooker elektrik
๐ŸŽˆIron
๐ŸŽˆAuto washing machine
๐ŸŽˆParking dlm utk 2 buah kereta ๐Ÿš—๐Ÿš™
๐ŸŽˆCoffee Tea Making Facilities
๐ŸŽˆSejadah 


NO TOWEL (HYGIENE PURPOSE)

Follow us :
Ig : guesthousebandarmelaka
๐Ÿ‘ fb page: 
https://www.facebook.com/MamaHome2StayMelaka/

*Muslim & Mahram sahaja*
*Deposit RM50*

 Rate :RM200/Nite

BERSIH KEMAS SELESA

Thursday, 2 March 2017

Pengurusan Homestay/Guest House (TIPS TO BE SUCCESSFULL HOSTING)

Masuk Mac 2017 ni genap 5 bulan saya running home to stay / guest house. Pelbagai ragam pelanggan dah jumpa.Tapi Alhamdulilah tak pernah lagi jumpa pelanggan-pelanggan yang terlalu demand atau cerewet. Setakat ni masalah kecil-kecil dapat ditempuh dengan senyuman. Cuma tak tahu apa yang akan jadi masa akan datang, jauh lagi perjalanan.

Itu sebab dalam menerima sebarang penempahan, saya amat berhati-hati, bukan sebarang terima ye tetamu guest house saya. Ini semua atas faktor keselamatan untuk kedua-dua belah pihak. Macam kita nak sewakan rumah untuk long term dah tentu-tentu kita selidik latar belakang kan sebelum teruskan penyewaan, macam tu jugalah saya cuba screening bakal tetamu sebelum menerima tempahan.

Untuk pengalaman yang sangatlah cetek dan seciput dalam bidang ni, walaupun dulu-dulu  pernah jadi student Hotel Management, saya cuba kongsikan apa yang dipelajari dengan pengalaman yang ada.Berikut adalah antara tabiat sebagai “HOST” guest house/homestay yang perlu ada sekiranya ingin berjaya dalam bidang ni. Saya tak kata saya dah berjaya, tapi saya cuba jadikan panduan ini untuk rujukan saya sendiri yang kekadang blur juga apa nak buat.

1.Anggap ‘Short-Term Vacation Guest House’ anda sebagai satu bisnes yang serius bukan sekadar hobi dipinggiran sahaja.

Pastikan anda mempunyai strategi pemasaran, faham tentang demografi bakal tetamu anda.Anggap bakal tetamu anda sebagai satu aset yang amat berharga kerana mereka memainkan peranan penting dalam industri ini. Tetamu kita wajar dihormati dan keperluan mereka wajar dipenuhi sekiranya mampu dalam memastikan kepuasan mereka terhadap perkhidmatan yang diberi.  Ingat ye, kita mudahkan orang inshaAllah kita akan diberi kemudahan juga sekiranya ada terkucil dimana-mana.

Demografi & Target Pelanggan hat ni panjang lebar nak diperincikan… boleh study ye.Next time kita story. 

2. Mempunyai matlamat yang jelas

Menurut Jeff Haden, ‘Average success is often based on setting average goals’
Host yang mempunyai tempahan yang konsisten adalah host yang mempunyai perancangan yang rapi terhadap matlamat yang ingin dicapai. Mereka jelas dengan rancangan yang disusun, target mingguan,bulanan dan tahunan telah dirancang rapi untuk diselaraskan dengan aktiviti pemasaran yang efektif.

Mereka juga mempunyai matlamat untuk mengembangkan bisnes yang ada dan sedaya upaya menggunakan kepakaran yang ada untuk meluaskan pangaruh mereka.

3. Hormat dan layan tetamu dengan sepenuh jiwa raga dan penuh keikhlasan.

Hubungan yang tercipta bukan sekadar antara pemilik dan penyewa, malah hubungan yang ada mungkin bertukar menjadi persahabatan.Tetamu tidak wajar dibeza-bezakan mengikut pangkat dan darjat.Layanlah semua tetamu kita sama rata kerana dalam industri ini tiada perbezaan taraf kerana  harga yang dibayar adalah untuk perkhidmatan yang sama.

4. Respon anda terhadap pertanyaan bakal tetamu.

Pelanggan sekarang memerlukan maklum balas yang cepat dan tepat.Sebarang pertanyaan sama ada secara online / offline perlu dijawab segera. Ramai pesaing2 diluar  bagaikan jerung yang bila-bila masa boleh sambar bakal tetamu kita. Pasaran luas tapi target pasaran terhad maka bertindak lah cepat jika terdapat sebarang pertanyaan dari bakal tetamu.Sekiranya tindak balas diterima serta merta, ia akan mewujudkan persepsi positif di dalam minda bakal tetamu terhadap perkhidmatan yang bakal mereka terima.

5. Layanan terhadap staf

Anggap staf juga sebagai aset anda, lagi-lagi staf yang boleh membantu anda tanpa mengira masa dan wang ringgit.Layanlah sewajarnya kerana mereka adalah pendokong utama perniagaan anda.
Jangan takut staf ambil kesempatan, kalau staf problem kita boleh biarkan je dia pergi, tapi kalau staf yang tidak mendatangkan sebarang masalah bahkan amat membantu sayang sangat kalau kita biarkan mereka ucapkan selamat tinggal.

6. Pemasaran yang bijaksana

Fasiliti terbaik, rumah terbaik, host terbaik tidak berbaloi jika tuan rumah tidak hebahkan segala kebaikan tu. Maka faktor pemasaran amat penting. Kalau nak cerita bab ni, memang panjang lebar.Gunakan pelbagai channel yang ada jangan harapkan satu sumber sahaja.ONLINE/OFFLINE kasi redah, lagi-lagi yang baru nak up. Bisnes belum running tapi baru rancang tak salah kalau nak hebohkan dulu, itu namanya agenda pemasaran.Kita nak seramai yang boleh tahu kewujudan bisnes kita.So, jangan kedekut nak keluarkan kos pemasaran kalau nak sales yang diidamkan.

Banyak nak cerita bab ni, nanti kita buka bab lain.Banyak juga yang tak hadam lagi.Banyak juga yang perlu saya pelajari.Jom sama-sama kita study bab ni.Inilah bab yang penting dalam mana-mana bisnes yang wujud dalam muka bumi ni.

Sentiasa up-to-date dengan teknologi terkini.Google sahaja, study, mentor online pun banyak,jurnal online melambak, info online dihujung jari, so itu bukan alasan.

 7.Kongsi maklumat kawasan anda kepada umum

Selalunya, Travelers mahu maklumat mengenai destinasi mereka. Maka,rajin-rajinlah share info. maklumat semasa dalam Social Media anda. Tunjukkan bahawa anda sentiasa mempunyai info maklumat apa yang ada disekitar kawasan hosting anda.

Friday, 17 February 2017

10 PLACES TO SWIM IN THE WORLD’S CLEAREST WATER



Indahkan ciptaan tuhan, alangkah seronoknya dapat berendam dalam tu...... cer tengok no 8 dan 10 kat mana....jom! Masukkan dalam wishlist.




1. Linapacan Island, Palawan Philippines


2. The Maldives 


3. Dog Island, San Blas Panama


4. Coyo Coco, Cuba


5. Cala Macarelleta,Menorca Spain


6. Sua Trench,Samoa


7. Crater Lake,Oregon


8. Bak Bak Beach Borneo


9.  Jiuzhaigou Valley,China


10. Semporna Sabah

Source: https://matadornetwork.com/trips/34-places-to-swim-in-the-worlds-clearest-water-pics/

Sunday, 15 January 2017

NEW UPDATE CALENDAR (JANUARY 2017)


Opsss slot weekends dah full house u olls.Just a few slot utk weekdays yg masih available. Time cuti2 hujung minggu, public holiday etc Melaka memang padat sesak bagai...so untuk mendapatkan ketenangan semasa cuti di Melaka apa kata datang masa weekdays.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿก๐Ÿก๐ŸŽ ๐ŸŽ ๐ŸŒ…๐ŸŒ„

Ada promo special untuk weekdays..meh pm tepi ๐Ÿ“ฎ๐Ÿ“ฎ๐Ÿ“ฎ

Homestay akak penuh, nanti akak suggest ke homestay lain yg masih available๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

WhatsApp 019 686 5820 untuk talian hayat ๐Ÿ‘ˆ


Thursday, 3 November 2016

Setelah sebulan beroperasi (Homestay)

Alhamdulilah , Mama Home2Stay - Melaka dah sebulan beroperasi. Sambutan amat menggalakkan. Setiap hujung minggu bulan Oktober mmg full house.. occupancy rate dalam kadar 51.6% untuk bulan Oktober.


Actually masih baru sangat dalam bidang ni .Masih banyak perlu dipelajari. At least boleh lah apply ilmu-ilmu yang dipelajari masa ambil Diploma Pengurusan Hotel di UiTM dulu. Tak dapat nak build hotel sendiri, dapat wujudkan homestay sendiri pun dah alhamdulilah.



Walaupun baru sebulan, macam-macam perangai pelanggan dah jumpa. Tapi, alhamdulilah everything is running smoothly.

Tips nya. Entertaining people is an art.  


Semuanya datang dari keikhlasan hati. Bila kita jujur dengan mereka, balasannya..akan dipermudahkan semua urusan.



Moga dipermudahkan terus urusan kami untuk membantu pada yang memerlukan penginapan di Melaka. 






Tuesday, 1 November 2016

PROMO CUTI SEKOLAH

Hi ibu-ibu, bapa-bapa,kakak-kakak,abang-abang,

Plan ke Melaka cuti sekolah ni?Mencari homestay dengan kadar yang amat berpatutan dan fasiliti yang lengkap?



Pening kepala nak pilih home2stay ke? ๐Ÿ  Hotel ke? ๐Ÿจ

Kenapa perlu memilih home to stay / guest house sebagai tempat penginapan?
Urmmmmm...... Meh sini saya bagi sebabnya.
Perancangan penting perlu dibuat untuk tempat penginapan khususnya jika anda berkeluarga besar yang menghadiri sebarang majlis keraian di luar kawasan.
Beberapa perkara perlu dipertimbangan kenapa anda harus menginap di home to stay 

๐Ÿง๐ŸงBAJET
Cuba anda bayangkan sekiranya anda berkeluarga besar yang melebihi 10 orang dan memutuskan untuk menginap di hotel, kos penginapan akan melibatkan kos yang besar. Takkan nak sumbat ramai-ramai dalam 1 bilik semata-mata nak dapatkan rate under budget kan.
Sebagai contoh :
Satu bilik dengan kadar RM150 semalam. Jika bilangan ahli keluarga seramai 10 orang tidak termasuk anak-anak, anda mungkin memerlukan 5 bilik dengan kadar RM150 x 5 = RM750, itu kalau semalam … kalau bermalam-malam.BAYANGKAN!๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ
Mama home2stay serendah RM110 SEMALAM AJE U OLLS..... 4 BILIK LAGI.....

๐Ÿ RUANG
Ruang home to stay selalunya lebih besar dan selesa. Bak kata orang “buat lah macam rumah sendiri”. Pergerakan anak-anak kita pun lebih selesa memudahkan mereka bermain, beriang ria dan bebas bergerak.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ฆ๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘จ๐Ÿ™Œ๐Ÿ™Œ๐Ÿ™Œ๐Ÿ™Œ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ


๐Ÿ…ฟ๐Ÿ…ฟ๐Ÿšพ๐Ÿšพ๐Ÿšญ๐ŸšญKEMUDAHAN
Mungkin ada yang menggangap kemudahan di home to stay tidak standing dengan kemudahan yang tersedia di hotel, tapi rasanya kami pemilik home to stay akan sedaya upaya menyediakan kemudahan asas walaupun tidak standing hotel.
Bab parking contohnya, tak payah nak park jauh-jauh bagai, depan rumah dah terbentang khas untuk parking kereta tuan puan.

๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’OK apalagi meh beritahu saudara-mara,kawan-kawan,jiran-jiran kalau nak ke Melaka meh booking Mama Home2Stay… selagi rate promo tengah ada ni.

Mengapakah hotel/homestay/guest house menetapkan waktu masuk (Check in time) 2/3 pm dan waktu keluar (Check out time) pada 12 noon?

- Jika anda membuat tempahan bilik, satu perjanjian/akad telah terlaksana yg mana anda telah dimaklumkan awal mengenai perkara ini. (That p...